Bahasa Melayu Sarawak
Bahasa Melayu Sarawak

Bahasa Melayu Sarawak

Bahasa Melayu Sarawak (tulisan Jawi : بهاس ملايو سراوق ) atau Dialek/Loghat Sarawak ialah bahasa pertuturan yang digunakan oleh orang-orang Melayu di Sarawak dalam kehidupan seharian mereka. Malah, Bahasa Melayu Sarawak juga bertindak sebagai "Lingua franca" atau bahasa perantaraan antara satu kaum dengan kaum yang lain di Sarawak. Bahasa Melayu Sarawak mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan dengan bahasa Melayu Piawai. Perbezaan ini terjadi hasil daripada perkahwinan campur dan pengaruh bahasa kaum-kaum tempatan yang lain khususnya bahasa Iban dan bahasa Bidayuh) dan juga bahasa-bahasa negara jiran (bahasa Melayu Brunei dan bahasa Indonesia). Sebagai contoh, Dialek Melayu Sarawak di bahagian Miri, Limbang, dan Lawas banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu Brunei dan Sabah manakala dialek Melayu Sarawak khususnya di bahagian barat negeri seperti Kuching, Samarahan, Sri Aman & Betong pula mendapat pengaruh daripada bahasa Melayu di Kalimantan Barat, seperti Bahasa Melayu Sambas & Bahasa Melayu Pontianak. Bahasa Melayu Sarawak barat boleh dibahagikan kepada dua jenis dialek iaitu Dialek Kuching (meliputi orang-orang Melayu di bahagian Kuching) & Dialek Rantau Persisir @ Bahasa Laut (meliputi orang-orang Melayu di bahagian Samarahan & Betong) yang mempunyai perbezaan dari segi sebutan perkataan. Sebagai contoh, bagi sesetengah perkataan, pengunaan vokal 'a' dihujung perkataan tersebut bagi dialek Kuching dan pengunaan vokal 'o' bagi dialek Rantau Persisir. Secara umumnya, dialek Kuching menjadi dialek Utama yang digunapakai di kebanyakan bahagian di Sarawak.